Seorang pesakit wanita berumur 84 tahun di Hospital Awam Can Tho disahkan positif virus A/H1N1, sekali gus menjadi kes jangkitan pertama yang disahkan di Can Tho selepas bertahun-tahun bebas dari virus tersebut, kata pusat itu.

Sementara itu, seorang doktor dan dua orang jururawat di hospital berkenaan menunjukkan tanda-tanda jangkitan A/H1N1 selepas menjaga wanita itu, manakala tiga orang pekerja perubatan diasingkan untuk rawatan selesema burung.

Awal bulan ini, bandar Ho Chi Minh melaprkan sebanyak 28 suspek dan kes yang disahkan jangkitan A/H1N1, termasuk 16 kes yang telah disahkan. -BERNAMA