Menerusi kiraan terkini yang dikeluarkan semalam, Gomez masih mengukuhkan kedudukannya di tempat teratas selepas mengumpul 103 juta pengikut tahun ini.

Swift yang dinobat sebagai artis terkaya Hollywood berada di kedudukan kedua dengan 93.9 juta pengikut.

Penyanyi, Ariana Grande dan Beyonce di tempat ketiga dan keempat, masing-masing dengan 89.6 juta dan 88.9 juta pengikut manakala bintang realiti, Kim Kardashian berada di tempat kelima selepas memperoleh 88.2 juta pengikut.

Kelima-lima wanita itu me­ng­ungguli jumlah pengikut di laman Instagram tahun lepas namun kedudukan Kardashian berubah dari tempat kedua ke tempat kelima.

Gambar dan video Gomez, 24, turut dipilih sebagai gambar selebriti yang paling digemari di Instagram, dan artis yang paling kerap disebut di rangkaian media sosial di seluruh dunia.

Laman perkongsian gambar dan video yang dimiliki Facebook Inc. itu dilaporkan telah berkembang kepada lebih daripada 500 juta pengguna di seluruh dunia tahun ini.

Statistik akhir tahun Instagram itu turut meletakkankan emoji berbentuk hati sebagai pa­ling banyak digunakan dan hari pa­ling ramai pengguna adalah pada sam­butan Hallo­­­­­­­­we­en.– REUTERS