Ibrahim al-Muhanna berkata, Iran juga tidak akan mampu menutup Selat Hormuz dan Bab al-Mandab walaupun sebahagian daripadanya.

Menurut beliau, dalam hal tersebut Iran adalah pihak yang pertama akan mengalami kerugian kerana menghalang laluan utama kapal dan tindakan itu akan mencetuskan lebih banyak sekatan terhadap negara tersebut.

``Sekatan sekarang tidak akan menghentikan eksport minyak Iran sepenuhnya seperti yang dipersetujui oleh semua pakar. Iran akan terus mengeksport sejuta tong minyak sehari. Oleh itu, menutup Selat Hormuz akan menjejaskan Iran dan pihak lain,’’ katanya. - Reuters