Menurut ketua kesatuan sekerja bank, Devidas Tuljapurkar, seramai 5,000 pekerja melakukan bantahan di Mumbai selepas mereka mendakwa terpaksa membayar hutang lapuk negara ini.

Protes yang dijalankan selama dua hari bermula hari ini, menyebabkan berpuluh ribu cawangan sektor awam dan bank komersial terpaksa ditutup.

Penunjuk perasaan meluahkan rasa tidak puas hati kerana hanya menerima dua peratus kenaikan gaji yang ditawarkan.

Awal tahun ini, kerajaan menyatakan pinjaman lapuk bank bernilai lebih AS$120 bilion (RM478.8 bilion) - AFP