“Sepanjang hidup saya, dua aset terbesar saya ialah mental yang stabil dan benar-benar pintar.

“Saya dari seorang ahli perniagaan berjaya kepada bintang televisyen terkemuka dan menjadi Presiden AS pada percubaan pertama saya. Saya fikir adalah layak untuk melabelkan saya bukan bijak, tetapi genius,” ujar Trump dalam Twitternya.

Buku tulisan Michael Wolff itu terjual dengan laris di kedai-kedai sekitar Washington tetapi Trump menyifatkan kandungan buku tersebut adalah penuh kebohongan. - AFP