Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sandra Bullock bantu mangsa taufan Harvey RM4.3 juta

LOS ANGELES 30 Ogos – Aktres Hollywood, Sandra Bullock menderma sebanyak AS$1 juta (RM4.3 Juta) kepada badan amal Red Cross bagi membantu mangsa taufan Harvey.

HOLLYWOOD, CA - MARCH 02: Actress Sandra Bullock attends the
Sandra Bullock

Pemenang Oscar berusia 53 tahun itu berkata, dia berasa gembira dapat menderma kepada go­longan yang memerlukan.

“Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat membantu mangsa taufan Harvey yang mengalami kemusnahan banyak harta benda termasuk kediaman mereka.

“Kita perlu saling menjaga an­tara satu sama lain,” katanya kepada portal E! News kelmarin.

Bullock merupakan seorang da­ripada beberapa selebriti yang menderma untuk membantu pen­­­duduk Houston yang terjejas.

Semalam, bintang realiti tele­visyen, Khloe Kardashian bersama keluarganya mendermakan sebanyak AS$500,000 (RM2.1 juta) kepada badan kebajikan bagi meringankan beban mangsa taufan Harvey.

Kardashian menerusi Instagramnya turut menggesa beberapa selebriti lain untuk menderma kepada mereka yang memerlukan.

Penyanyi Chris Brown pula menderma sebanyak AS$100,000 (RM426,950), manakala aktor The Rock dan penyanyi Jennifer Lopez masing-masing menyumbangkan dana AS$25,000 (RM106,737).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain