Akhbar The Sun melaporkan dua pegawai kadet tersebut didakwa memaksa individu berkenaan berada dalam keadaan telentang sebelum menutup mukanya dengan kain dan menuangkan air untuk mewujudkan rasa lemas.

Menurut portal berita BBC, insiden tersebut didakwa berlaku pada 7 Ogos lalu.

Timbalan Komandan Akademi Tentera Diraja yang terletak Berkshire, Brig Bill Wright berkata, beliau maklum tentang dakwaan.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan piawaian tingkah laku yang tertinggi di Sandhurst dan telah mengarahkan siasatan dilakukan oleh Polis Tentera Akademi berkenaan.

“Sesiapa yang didapati tidak mencapai piawai tingkah laku yang ditetapkan akan berdepan tindakan tegas dan berkemungkinan boleh dibuang,” katanya.

Kaedah waterboarding sering digunakan dalam proses soal siasat oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Amerika Syarikat (AS), selepas serangan di New York dan Washington pada 2001.

Bagaimanapun kaedah itu sudah diharamkan untuk digunakan sebagai teknik soal siasat pada 2009 oleh bekas Presiden AS, Barack Obama.

Kedua-dua Duke of Cambridge, Putera William dan Duke of Sussex, Putera Harry menyertai akademi Sandhurst, di mana semua pegawai di Angkatan Tentera Darat Britain dilatih.