Penceramah motivasi, Emile Ratelband, 69, yang berhasrat menukar umurnya kepada 49 tahun kecewa dengan penolakan yang disifatkannya sebagai satu keputusan yang tidak adil.

Memetik laporan yang dikeluarkan portal berita Huffpost, mahkamah di bandar Arnhem dalam kenyataan menjelaskan penolakan tersebut adalah disebabkan pertukaran umur tidak wajar dilakukan dan mustahil untuk dilaksanakan di negara itu.

“Pertukaran tarikh lahir akan mengakibatkan kehilangan rekod pendaftaran kelahiran, kematian dan perkahwinan beliau yang disimpan sejak 20 tahun.

“Tindakan ini, jika dilaksanakan akan menjurus kepada pelbagai implikasi undang-undang dan sosial yang tidak diingini,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, Ratelband memberitahu hasratnya menukar umur adalah didorong oleh keinginan untuk mendapatkan pasangan muda dalam aplikasi Tinder.

“Saya berjiwa muda dan lebih mudah mendapat pasangan sekiranya tidak mendedahkan umur sebenar,” katanya.