Mangsa terbunuh merupakan antara lima orang yang dilanggar ketika sedang tidur di tepi jalan raya, kes perbicaraan yang berlangsung sejak 12 tahun lalu.

Akhbar Press Trust of India melaporkan, sebuah mahkamah Mumbai hari ini mendapati Salman bersalah membunuh dan semua pertuduhan terhadapnya telah dibuktikan.

Pendakwa raya menyatakan, Salman mabuk ketika memandu keretanya dan melanggar orang gelandangan berkenaan pada September 2002.

Salman merupakan seorang daripada bintang Bollywood paling popular dan berlakon lebih 90 filem berbahasa Hindi sejak 27 tahun lalu.

Pelakon itu dijangka mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Berikutan keputusan mah­kamah itu, penerbit filem Bollywood melahirkan kebimbangan ekoran beberapa filem lakonan Salman bernilai 2.5 bilion rupee (RM142.9 juta) masih dalam pembikinan. – AGENSI