SALMAN Khan tiba di lapangan terbang Jodhpur selepas mahkamah membenarkan dia diikat jamin semalam. - AFP

Salman terpaksa bermalam selama dua hari di penjara selepas mahkamah mendapati dia bersalah membunuh dua ekor antelop di Bhagoda ki Dhani di kampung Kankani dekat Jodhpur pada malam 1 dan 2 Oktober 1998.

Peguam Salman iaitu Mahesh Bora memberitahu, hakim telah menandatangani ikat jamin sebanyak 50,000 rupee (RM2,980.50).

Dalam pada itu, peguam pendakwa raya, Mahipal Bishnoi berkata, Salman perlu menghadiri perbicaraan rayuannya pada 7 Mei nanti. - AFP