Dalam dakwaan yang disiarkan oleh The New York Times itu, Hayek menyatakan serangan dan ugutan berkenaan berlaku sewaktu dia menjalani penggambaran filem Frida pada 2002.

Menurut aktress berusia 51 tahun tersebut, Weinstein bagaikan raksasa yang menghantui hidupnya pada ketika itu yang kerap memaksa dia meneriama ajakan-ajakan seksual yang mana jika ditolak, akan menimbulkan keberangan lelaki itu.

Selain itu, Weinstein juga didakwa mengenakan tuntutan tidak masuk akal terhadap dirinya atas alasan mahu memastikan penggambaran filem berkenaan dapat dimulakan.

Tambah penerima anugerah Oscar itu, walaupun gangguan seksual berkenaan berhenti selepas penggambaram bermula, keberangan Harvey tetap berterusan malah semakin teruk.

“Bertahun-tahun dia menghantui hidup saya, kini giliran saya untuk berkata tidak kepadanya.

“Tidak kepada permintaan seks yang melampau, Wanita kini di era baharu yang memberikan kami hak untuk bersuara,” kata Salma.

Laporan media sebelum ini menyatakan sebanyak 16 bekas kakitangan di syarikat Weinstein memberitahu majalah The New Yorker bahawa mereka menjadi mangsa gangguan seksual di tempat kerja atau sebarang majlis melibatkan lelaki itu.

Malah Aktres Itali, Asia Argento juga pernah menjadi mangsa Weinstein pada 2004 selepas beliau mendedahkan penerbit itu memaksanya melakukan aksi lucah.

Selain beliau, aktress terkenal, Angelina Jolie dan Gwyneth Paltrow juga mendakwa pernah menjadi mangsa Weinstein.

Weinstein menerusi jurucakapnya bagaimanapun menafikan semua dakwaan dengan menyatakan beliau tidak pernah melakukan sebarang gangguan seksual terhadap semua wanita yang terlibat. - AFP