Bercakap pada sidang media di Sydney hari ini, Morrison turut mengecam tindakan penyerang dan menyifatkannya sebagai ‘sayap kanan kumpulan pelampau, pengganas kejam’.

“Australia dan New Zealand, kami bukan sahaja sekutu, bukan sahaja rakan, kami adalah keluarga dan sebagai ahli keluarga, kami berduka, terkejut serta marah,” ujarnya seperti dipetik oleh CNN.