KANYARAT CHAICHAN

Kanyarat Chaichan mendapatkan khidmat seorang artis cacah, namun tidak menyedari bahawa artis itu seorang yang langsung tidak berpengalaman.

Gadis itu mendapatkan khidmat mencacah kening pada November tahun lalu, namun hasilnya sangat hodoh.

Kanyarat bagaimanapun terpaksa hidup dengan kening hodoh itu kerana tidak mampu membayar khidmat untuk memperbaiki keningnya itu.

Namun nasib Kanyarat baik apabila seorang ahli terapi kecantikan yang simpati dengan masalahnya menawarkan rawatan membetulkan bulu keningnya secara percuma.

Rawatan laser itu memudarkan warna hitam yang telah dicacah pada kening Kanyarat.

Selepas rawatan itu, kening gadis itu kelihatan seperti normal semula.

Bagaimanapun, dia perlu menunggu selama enam bulan lagi bagi melihat kesan cacahan itu pudar sepenuhnya.–WWW.MIRROR.CO.UK