My Ut Trinh, 50, yang pernah bertugas di salah sebuah ladang strawberi yang tercemar itu telah ditahan dan kini berdepan tujuh pertuduhan iaitu ‘mencemar barangan’ yang dikemukakan oleh pihak polis Queensland.

Wanita berkenaan yang dihadapkan ke mahkamah hari ini tidak dibenarkan ikat jamin selepas pihak pendakwa raya menegaskan tertuduh perlu dihukum terhadap jenayah yang dilakukan.

Mahkamah diberitahu, tertuduh melakukan perbuatan itu kerana sakit hati dan ingin membalas dendam.

Terdahulu, pihak polis memberitahu tentang cabaran yang dihadapi semasa siasatan untuk mencari punca pencemaran berkenaan.

“Ini mungkin merupakan siasatan yang paling rumit yang pernah kami hadapi,” kata Detektif Superintendan Jon Wacker­ di Brisbane.

Wacker berkata, Trinh merupakan rakyat Australia adalah bekas ‘penyelia sebuah ladang’ namun Queensland Courier Mail mendedahkan nama bekas majikan tertuduh iaitu ladang Berrylicious and Berry Obsession, salah sebuah ladang yang terlibat dalam pencemaran terbabit.

Jelas beliau, pihak polis mempunyai bukti kukuh termasuk contoh asid deoksiribonukleik (DNA).

Polis katanya, telah mengambil sebanyak 230 laporan tentang pencemaran strawberi di seluruh negara yang menjejaskan 68 jenama kebanyakannya melibatkan jarum jahitan di dalam negeri ini.

Dalam kejadian tersebut, jarum dan pin ditemukan dalam buah berkenaan pada September lalu menyebabkan pasar raya terpaksa menarik balik penjualan buah itu di Australia dan New Zealand selain memaksa petani membuang hasil tanaman mereka. – AFP