He Jiankui, Profesor Bersekutu Universiti Sains dan Teknologi Southern di Shenzhen membuat kenyataan itu di hadapan seramai 700 orang yang menghadiri Persidangan Penyuntingan Genom Manusia di Universiti Hong Kong.

``Terdahulu, saya harus memohon maaf atas kebocoran keputusan itu yang tidak disangka. Kajian ini telah dihantar kepada sebuah jurnal saintifik untuk diulas,’’ katanya.

Namun beliau tidak menamakan jurnal berkenaan dan mengesahkan pihak universitinya tidak mengetahui tentang kajian itu.

Melalui video yang dimuat naik dalam talian baru-baru ini, beliau mendakwa menggunakan teknologi penyuntingan gen dikenali sebagai CRISPR-Cas9 untuk mengubahsuai gen embrio kembar perempuan yang dilahirkan bulan ini. - Reuters