Kaedah yang dijalankan dipercayai mampu dilaksanakan terhadap manusia pada masa hadapan.

Namun, penyelidik-penyelidik tersebut menegaskan pencapaian itu masih di tahap awal kerana pelbagai kelemahan seperti kekangan teknikal dan isu etika yang kompleks perlu diperbaiki sebelum proses itu boleh dilakukan kepada manusia.

Teknik sama sebelum ini dilaksanakan untuk menghasilkan pankreas dalam tubuh seekor tikus.

Namun penghasilan buah pinggang yang merupakan kajian terkini itu menjadi kejayaan pertama yang membuktikan kaedah itu satu hari nanti mampu mengatasi masalah kekurangan organ untuk didermakan kepada golongan yang menderita kerosakan buah pinggang.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal komunikasi alam semula jadi itu bermula dengan proses kenal pasti perumah yang sesuai untuk pembentukan buah pinggang.

Para pengkaji mengumpulkan struktur embrio tikus yang mana secara genetik nya telah diubah suai.

Embrio-embrio berkenaan kemudian disuntik dengan sel stem belum matang seekor tikus dan kemudian ditanam dalam rahim tikus lain.

Sel stem belum matang atau pluripotent adalah sel yang boleh membesar kepada pelbagai sel dan tisu yang membentuk organ dan anggota badan.

Pengkaji mendapati sel stem itu berjaya membentuk buah pinggang yang berfungsi dengan baik dalam tubuh seekor tikus.- AFP