Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Saintis cipta bateri tahan 10 tahun

NEW YORK 14 Feb. – Saintis dari Universiti Harvard berjaya mencipta teknologi bateri baharu yang dapat memastikan peranti mudah alih yang digunakan orang ramai dapat bertahan sehingga 10 tahun berbanding kurang daripada tempoh sehari ketika ini.

Laporan Mail Online menyebut, bateri yang dibangunkan oleh saintis Sekolah Kejurute­raan dan Sains Gunaan John A. Paulson Universiti Harvard itu menyimpan tenaga dalam bentuk molekul organik yang larut air.

Bateri itu bukan sahaja selamat kerana tidak bersifat menghakis mahupun mengandungi bahan bertoksik tidak seperti bateri li­tium, malah komponen tersebut tidak melibatkan kos yang tinggi untuk dihasilkan.

Pensyarah Bahan dan Teknologi Tenaga Universiti Harvard, Dr. Michael Aziz berkata, pasukannya menggunakan bahan ferosena larut air, molekul yang baik untuk menyimpan tenaga dan tidak larut secara semula jadi untuk menghasilkan bateri itu.

“Ferosena larut air ini mewa­kili kelas baharu molekul bagi ali­ran tenaga,” katanya.

Jelas beliau, dengan me­ngubah suai molekul dalam elektrolit, saintis berjaya menjadikan aliran tenaga stabil, larut air dan tahan kepada kerosakan.

Tambahnya, oleh kerana ba­teri itu tidak bersifat menghakis, sebarang kebocoran pada komponen berkenaan adalah tidak berbahaya seperti bateri litium.

Walaupun bateri itu sudah dibangunkan, namun masih tiada cadangan untuk memasarkan komponen tersebut secara komersial.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain