Beliau berkata demikian dalam temubual yang disiarkan oleh sebuah stesen televisyen miliknya, kenyataan umum pertamanya selepas beliau mengumumkan peletakan jawatan itu lapan hari lalu di Riyadh.

Menurut Saad, Lebanon di ambang sekatan ekonomi Arab berikutan campur tangan kuat kumpulan Hezbollah yang disokong oleh Iran di Yemen dan Bahrain.

Kata beliau, peletakan jawatannya adalah demi kepentingan negaranya dan menegaskan semula bahawa Lebanon perlu bebas daripada konflik rantau Arab. - Reuters