Katanya, `Rusiafobia’ yang berlaku sekarang adalah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

``Kita tidak pernah melihat perkara ini semasa Perang Dingin.’’

``Pada zaman itu wujud peraturan dan adab namun semua adab sekarang telah ditolak ke tepi,’’ katanya sebaik sahaja pulang daripada melawat New York minggu lalu.

Beliau memberi amaran bahawa Rusia mempunyai `garisan merah’ dan ahli politik yang serius memahami garisan tersebut perlu dihormati seperti yang berlaku pada zaman Perang Dingin.

Lavrov menyelar `usaha untuk menghukum Rusia dalam apa juga keadaan’ dan menyifatkan sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) terhadap negaranya adalah `tidak masuk akal dan tidak berasas’. - AFP

habis.