Agensi berita TASS memetik kenyataan pegawai agensi angkasa lepas Rusia, Sergei Krikalev berhubung perancangan tersebut sehari selepas angkasawan Rusia, Alexei Ovchinin dan angkasawan Amerika Syarikat (AS), Nick Hague terpaksa melakukan pendaratan cemas di Kazakhstan ekoran kegagalan itu.

Krikalev menambah, rancangan untuk Disember ini mungkin juga berubah bergantung kepada hasil keputusan suruhanjaya yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu. – REUTERS