Menurut beliau, Rusia akan menyerahkan kira-kira 5,000 senapang Kalashnikov melalui perjanjian yang akan ditandatangani pada bulan ini selain berjuta-juta peluru dan berpuluh-puluh trak tentera.

Ini akan diikuti dengan sumbangan lebih 6,000 senapang gempur dan 100 senapang penembak tepat dari China kepada negara ini.

Seorang pegawai kanan pertahanan Filipina memberitahu Reuters, senjata dari Rusia itu dijangka tiba di negara ini hujung bulan ini semasa kunjungan Menteri Pertahanan Rusia bagi menghadiri mesyuarat rantau ini.

Lima kapal perang Rusia dijangka tiba di Manila untuk menyerahkan kelengkapan pertahanan itu. - Reuters