Undang-undang itu dipercayai merupakan tindakan balas Moscow terhadap Amerika Syarikat yang sebelum ini dilihat memberi tekanan hebat kepada media Rusia.

Selain itu, undang-undang berkenaan membenarkan Moscow melabelkan sumber berita yang diberikan oleh media asing kepada Rusia sebagai ‘kerja ejen asing’ dan mendedahkan sumber pembiayaan mereka.

Kementerian Keadilan Rusia telah mengeluarkan senarai sembilan media asing disokong AS yang dijangka terbabit dalam perubahan itu, antaranya Voice of America (VOA) dan Radio Free Europe/Radio Liberty (RFE/RL). - REUTERS