Rusia membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez di Moscow.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, Presiden Vladimir Putin menyatakan sokongan dan solidariti untuk rakan sejawatnya dan rakannya itu yang kini berdepan kebuntuan politik.

“Rusia akan terus membantu pihak berkuasa Venezuela dalam menyelesaikan masalah sosial dan ekonomi termasuk melalui penyediaan bantuan kemanusiaan yang sah,” kata Lavrov pada sidang akhbar bersama Rodriguez di sini hari ini. -AFP