Sut yang dihasilkan Institut Pusat Penyelidikan bagi Pembinaan Mesin negara ini telah dipamerkan di Universiti Kebangsaan Sains dan Teknologi di sini.

Antara kelebihan lain sut berwarna hitam itu ialah dapat membantu anggota tentera mengangkat barangan berat dan bergerak lebih jauh.

Sut kalis peluru itu turut dilengkapi dengan topi dan cermin mata gelap serta skrin paparan.

Pereka cipta sut yang juga Timbalan Ketua Sistem Senjata institut berkenaan, Oleg Chikarey berkata, pengeluaran sut itu di pasaran akan dilakukan dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Bagaimanapun, selain Rusia, Amerika Syarikat juga telah menghasilkan sut futuristik untuk anggota tenteranya menyerupai watak Iron Man dan didakwa juga mampu memberi‘lebih kuasa’ kepada pemakainya.

Sut yang juga kalis peluru dipanggil Tactical Assault Light Operator Suit’ (TALOS) berupaya memberikan kekuatan tambahan kepada pemakainya.

Para saintis juga merencanakan sut itu mampu memberikan maklumat tentang keadaan di persekitaran pemakaian dan juga amaran penting tentang tahap kesihatan tubuh badan pemakainya.

Sut berkenaan juga disasarkan untuk mampu merawat si pemakainya dengan menghentikan sementara pendarahan yang berlaku.

Leftenan Kolonel Karl Bojes yang juga penasihat sains di bahagian penyelidikan, pembangunan dan kejuruteraan tentera AS menyifatkan teknologi itu sebagai‘sut perisai tempur’.