Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu memberitahu Presiden Vladimir Putin dalam perjumpaan yang disiarkan TV Rossia 24: Tugas itu selesai semalam,” dengan menambah sistem itu akan meningkatkan keupayaan keselamatan tentera Rusia di Syria.

Rusia mengambil keputusan menyalurkan sistem itu selepas Moscow menuduh Israel secara tidak sengaja menembak jatuh jet tentera Rusia dekat Syria pada September lalu.

Israel menyuarakan rasa kesal terhadap kematian 15 anggota tentera udara Rusia selain berkata, kesalahan itu disebabkan ketidakcekapan Syria dan meneruskan tindakan terhadap tentera yang disokong Iran di sepanjang bahagian Utara sempadan.

“Kita tidak akan menukar rancangan terhadap Iran. Kita tidak akan membenarkan Iran menentang kami. Kita akan mengambil tindakan selayaknya,” menurut Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett.

Di Washington, Jurucakap Jabatan Negara, Heater Nauert tidak dapat mengesahkan laporan S-300 telah dihantar atau sebaliknya.

“Saya tidak dapat mengesahkannya dengan tepat. Saya harap ini berlaku.

“Ini menjadi sesuatu yang perlu diberikan perhatian dan isu di Syria masih berlaku, tetapi saya tidak dapat mengesahkannya,” katanya. – REUTERS