Menurut anggota pasukan menyelamat dan saksi yang enggan dikenali berkata, kira-kira lapan serangan dipercayai dilakukan oleh jet pejuang Rusia membedil beberapa bangunan bertingkat di kawasan kediaman di barat laut bandar berkenaan.

Walau bagaimanapun, menurut laporan agensi berita Interfax, Kementerian Pertahanan Rusia menafikan bahawa mereka melancarkan serangan tersebut.

Dalam pada itu, Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria memberi amaran angka kematian dijangka meningkat berikutan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan masih dijalankan. - REUTERS