Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu berkata, latihan itu akan diadakan dari 11 sehingga 15 September di timur negara ini dan akan disertai oleh China dan Mongolia.

``Program ini adalah pengulangan daripada Zapad-81 namun lebih besar,’’ katanya yang merujuk latihan perang 1981 di timur Eropah.

Menurut beliau, lebih 1,000 pesawat dan hampir 300,000 anggota tentera daripada kesemua peringkat bahagian tengah dan timur akan terlibat dalam latihan tersebut.

``Cuba anda bayangkan lebih 36,000 peralatan tentera bergerak serentak pada waktu yang sama- kereta kebal, pengangkut perisai, kenderaan perang infantri. Semua ini akan memperlihatkan situasi seperti peperangan,’’ katanya.

Moscow memaklumkan, latihan tentera Zapad-2017 yang diadakan bersama-sama Belarus dan beberapa wilayah di Rusia menyaksikan penyertaan 12,700 anggota tentera.

Walau bagaimanapun Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mendakwa, kenyataan Rusia itu sengaja diperbesar-besarkan malah beberapa sekutu mereka memberitahu, latihan itu hanya disertai 100,000 anggota tentera. - AFP