Staffan de Mistura

Wakil PBB, Staffan de Mistura berkata, tiada sebarang rundingan diadakan dan menyalahkan beberapa delegasi kerajaan yang tidak berminat untuk membincangkan perkara tersebut selain isu keganasan.

Beliau berkata demikian pada akhir pusingan kelapan rundingan secara tidak langsung di sini antara delegasi yang mewakili Damsyik dan Syria.

Tujuh pusingan rundingan yang terdahulu yang diusahakan oleh De Mistura turut tidak membuahkan sebarang hasil malah kedua-dua negara seteru itu masih belum bersemuka. - AFP