Ini didedahkan dalam siasatan susulan penahanan tiga keldai dadah rakyat Malaysia bersama 421 kilogram ganja di sebuah rumah sewa di daerah Sadao, bertentangan Bukit Kayu Hitam di Kedah.

"Mereka menyewa rumah di Sadao' untuk menyimpan dadah dan kemudiannya akan cuba menyeludup masuk sejumlah kecil dadah ke dalam bungkusan antara 50 hingga 100 kilogram, kata Timbalan Ketua Polis Wilayah 9, Mejar Jeneral Daoloi Muendech kepada Bernama baru-baru ini.

"Kawasan Wilayah 9 merangkumi kebanyakan wilayah-wilayah di selatan Thailand. 

Daoloi berkata dari bandar-bandar berhampiran sempadan Thailand-Malaysia, keldai dadah akan membuat beberapa perjalanan melintasi sempadan ke Malaysia untuk membawa dadah tersebut kepada pihak yang menunggunya.

Beliau berkata sindiket itu menyangka menyeludup dadah dalam jumlah yang kecil akan memudahkan mereka untuk membolosi kawalan ketat yang dijalankan oleh pegawai kedua-dua negara di sempadan. - BERNAMA