Menurut portal BBC, pemilik rumah terbabit telah ditawarkan sejumlah wang untuk berpindah sejak 2003, namun, menolak kerana berpendapat nilai ganti rugi yang ditawarkan itu tidak memadai.

Bagaimanapun, pemilik terbabit akhirnya bersetuju dengan tawaran terkini yang dianggarkan bernilai kira-kira 2.7 juta yuan (RM1.7 juta), lapor media tempatan.

Difahamkan, kerja-kerja perobohan rumah itu hanya berlaku dalam tempoh semalaman dan mengambil masa selama 90 minit sahaja.

‘Rumah paku’ atau rumah yang enggan dirobohkan pemiliknya di tengah-tengah projek pembangunan bukanlah fenomena baharu di China kerana terdapat beberapa kes seumpama itu sebelum ini.