PRESIDEN Iran, Hassan Rouhani. - AFP

“Tiada siapa akan membayangkan dalam dunia hari ini, kita akan menyaksikan pembunuhan terancang seperti itu.

“Saya tidak fikir sesebuah negara akan sanggup melakukan jenayah seperti itu tanpa perlindungan dari AS,” kata Rouhani seperti dipetik oleh Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Jamal dilaporkan hilang selepas beliau memasuki bangunan Konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki bagi mendapatkan dokumen perkahwinannya pada 2 Oktober lalu. - REUTERS