Persembahan berkenaan diadakan menjelang penganjuran sidang kemuncak antara Seoul dan Pyongyang di Semenanjung Korea pada bulan hadapan.

Antara artis yang bakal mengadakan persembahan ialah kumpulan Red Velvet, bekas ahli kumpulan Girl’s Generation iaitu Seohyun yang akan menjadi pengacara pada acara tersebut dan penyanyi veteran terkemuka, Cho Yong-pil.

Bertemakan ‘Musim Bunga Akan Datang’, artis Korea Selatan turut akan mengadakan persembahan bersama ahli muzik Korea Utara di Gimnasium Ryugyong Jong Ju Yong pada Selasa ini. - AFP