Menurut laporan BBC, stesen London Euston terpaksa ditutup selama 90 minit bagi memboleh­kan Polis Pengangkutan British (BTP) menjalankan siasatan.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini,

Insiden berkenaan menyebabkan perkhidmatan tren tergendala dan orang ramai dinasihatkan supaya menaiki tren di stesen lain untuk ke destinasi masing-masing.

Menerusi laman so­­sial, netizen menceritakan bagaimana orang ramai panik dengan kejadian tersebut.

Seorang pengguna Twitter, @rkelwick memberitahu orang ramai mula berlari dan menjerit ketika letupan berlaku.

Seorang lagi pengguna Twitter, @SophieNobes pula memaklumkan dia berasa begitu takut de­ngan insiden yang berlaku.