Timbalan Pengarah Agensi Perisikan Luar Jerman (BND), Ole Diehl memberitahu ahli Parlimen dalam mesyuarat tertutup bahawa penilaian tersebut adalah `pasti’.

Namun pada masa yang sama beliau menyifatkan rundingan antara Korea Utara dan Korea Selatan menunjukkan petanda positif.

Dalam pada itu, diplomat kanan Korea Utara berlepas ke Finland hari ini untuk mengadakan rundingan dengan bekas-bekas pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan. - REUTERS