Amaran itu dilontarkan oleh Aung Soe ketika bercakap di hadapan 6,000 pelarian Jumaat lalu, menerusi video yang tersebar di media sosial.

Hampir 700,000 pelarian Rohingya mendapatkan perlindungan di Bangladesh sejak operasi penghapusan etnik dilaksanakan sejak Ogos tahun lalu sehingga memaksa mereka meninggalkan tanah air.

Namun ramai antara mereka enggan pulang ke Rakhine sehingga Myanmar bersetuju memberi kerakyatan dan jaminan keselamatan. - AFP