Hakikat ini dinyatakan dalam laporan akhir mengenai Rakhine yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Penasihat Rakhine diketuai oleh bekas pemimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan hari ini.

Dalam laporan setebal 63 muka surat itu, suruhanjaya tersebut berkata, Myanmar telah melanggar hak asasi kemanusiaan kerana tidak mengiktiraf status dan diskriminasi terhadap masyarakat Rohingya.

Laporan berkenaan sekali gus memberikan tamparan hebat kepada kerajaan pimpinan Kaunselor Aung San Suu Kyi yang sebelum ini menolak dakwaan bahawa masyarakat Rohingya tidak pernah dizalimi oleh tentera negara itu.

Selain itu, suruhanjaya tersebut turut menggesa Myanmar supaya menarik balik sekatan pergerakan dan kerakyatan terhadap etnik Rohingya sekiranya mahu membawa keamanan di Rakhine.

Dalam perkembangan ber­kai­-
tan, sekurang-kurang­nya 3,500 pelarian etnik Rohingya dilaporkan melarikan diri ke Bangladesh sejak Myan­mar meningkatkan bi­-
langan tenteranya yang ditempatkan di Rakhine pada awal bulan ini.

Pada 12 Ogos lalu, pihak berkuasa tempatan berkata beratus-ratus tentera telah dikerahkan ke Rakhine dalam usaha untuk memerangi penentangan di sana.

Sementara itu, para pemimpin Rohingya di Bangladesh memberitahu AFP bahawa ketibaan etnik Rohingya yang ramai menyebabkan kem-kem pelarian di Cox’s Bazaar semakin sesak.

Menurut seorang pelarian, Kamal Hossain, hampir 700 keluarga telah tiba di Bangladesh sejak 11 hari lalu.

Tambahnya, ada antara mereka terpaksa tidur di kawasan lapang kerana tiada ruang yang mencukupi dalam kem pelarian. – AFP/AGENSI