Sistem robotik yang dibangunkan oleh Stanley Robotics telah pun diguna pakai di lapangan terbang Charles de Gaule di sini.

Robot berkenaan berfungsi de­ngan mengangkat kenderaan secara perlahan-lahan dan meletakkannya di kawasan yang selamat.

Malah robot itu akan bertindak mengimbas kenderaan ter­sebut dan menyelaraskan saiz­nya bagi melindungi daripada sebarang kerosakan.

Melalui sistem itu, lapor portal Daily Mail, kapasiti ruang di tempat letak kenderaan dapat ditingkatkan sehingga 50 peratus melalui penyusunan kende­raan yang lebih teratur.

Syarikat itu juga mendakwa sistem tersebut tidak memerlukan sebarang tambahan binaan sekali gus ia boleh dihantar segera ke tempat meletak kenderaan.

Menurut laman sesawang sya­ri­kat itu, sistem berkenaan berfungsi berdasarkan tempahan tempat letak kenderaan secara dalam talian menggunakan apli­kasi telefon pintar atau secara terus daripada laman berkenaan.

Pelanggan akan memandu kenderaan masing-masing terus ke kawasan robotik Stanley berhampiran tempat meletak kenderaan dan melakukan pengesahan tempahan di terminal ber­hampiran.

Pemilik kenderaan perlu me­ngunci kenderaan masing-masing tanpa perlu menyerahkan kunci kenderaan itu dan akan dimaklumkan melalui aplikasi masing-masing lokasi untuk mengambil semula kenderaan mereka.

Syarikat berkenaan juga memaklumkan, robot itu menggunakan kuasa elektrik justeru ia bebas daripada pelepasan karbon.