Ia dipamerkan buat julung-julung kalinya di sebuah pameran kebab di Berlin pada minggu lalu.

Penciptanya, Ahmet Kalyoncu, 34, berkata, robot tersebut bakal mengubah pasaran kebab kerana ia mampu memotong daging kebab dengan pantas.

"Ia akan mengubah pasaran industri ini kerana mampu memotong daging kebab tanpa jemu," katanya sambil disaksikan pengunjung yang kagum menyaksikan kepantasan 'FFDR-V1004' bekerja.

Robot tersebut mempunyai kamera digital untuk mengenal pasti perubahan ketebalan daging, malah mampu menghasilkan potongan daging yang sempurna, berperisa dan nipis dalam setiap potongan.

Ia juga berkeupayaan memotong sehingga 120 potongan daging kebab dalam masa satu jam.

"Saya mendapat idea daripada sepupu saya yang juga seorang jurutera.

"Ia merupakan robot kebab pertama di dunia," katanya.

Selain kepantasan bekerja, Ahmet berkata, robot itu juga mempunyai kelebihan dari segi kebersihan.

"Pemotong daging kebab biasanya berpeluh-peluh ketika memotong daging kerana mereka duduk dekat dengan pemanggang.

"Dengan pengenalan mesin ini, masalah itu tidak akan ada lagi dan pelanggan akan mendapat kebab berkualiti dan bersih," ujarnya. - AFP