Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Robot makhluk elektronik

Parlimen Eropah bakal mengundi tentukan hubungan robot dengan manusia

Robot masa hadapan dijangka memiliki status sah sebagai `makhluk
Robot masa hadapan dijangka memiliki status sah sebagai `makhluk elektronik. - Agensi

BRUSSELS 12 Jan. - Anggota-anggota Parlimen Eropah (MEPs) dijangka mengundi untuk memutuskan sama ada perlu memberi status sah kepada robot sebagai ‘makhluk elektronik’.

Pengundian itu yang pertama seumpamanya melibatkan satu set peraturan komprehensif yang menentukan tentang cara manusia berinteraksi dengan robot atau sistem kepintaran buatan manusia (AI).

Langkah itu diambil berikutan wujudnya kepercayaan bahawa dunia kini berada di satu titik persimpangan revolusi robot dalam industri baharu.

Menurut laporan portal BBC, peraturan itu memperuntukkan pereka cipta perlu memastikan robot ciptaan mereka mempu­nyai suis pembunuh yang boleh berfungsi untuk mematikan robot itu, jika terdapat keperluan berbuat demikian.

Selain itu, para pengguna pula seharusnya boleh menggunakan robot tanpa mempunyai rasa takut atau bimbang tentang kemudaratan fizikal atau psikologi.

Melalui laporan itu, robot, robot sesawang, android dan sebarang manifestasi AI lain dilihat akan membuka kepada revolusi industri baharu yang akan me­­­n­yen­tuh setiap lapisan masyarakat.

Era baharu robot juga berpotensi untuk membawa kepada kemakmuran secara virtual tanpa had tetapi menimbulkan persoalan tentang peranan mereka pada masa hadapan termasuk sama ada negara-negara anggota perlu memperkenalkan gaji asas kepada robot yang bertugas.

Selain itu terdapat kemungkinan menjelang abad akan datang, AI mampu mengatasi keupayaan kepintaran manusia.

Oleh itu, jika tiada persediaan dilakukan keadaan itu akan menjadi cabaran terhadap keupayaan manusia untuk mengawal hasil ciptaannya sendiri, kesan terhadap keupayaan menentukan arah hidup sendiri selain memastikan kelangsungan hidup manusia.

Laporan itu juga menyebut, pada masa akan datang pengeluar atau pemilik robot perlu membeli perlindungan insurans untuk robot masing-masing yang mungkin akan melakukan kerosakan.

Jika MEPs mengundi memihak kepada peraturan berkenaan,setiap negara anggota perlu membahas dan meminda peraturan itu sebelum menjadi undang-undang Ke­satuan Eropah (EU).

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain