Lapor Mail Online, robot ber­kenaan dikenali sebagai SoFi dan telah diuji di Fiji baru-baru ini.

SoFi dikatakan mampu me­nye­lam sedalam 15 meter di bawah permukaan air dan boleh berenang tanpa henti selama 40 minit.

Menurut pasukan penyelidik terbabit, teknologi terbaharu itu bakal membantu saintis untuk ­mempelajari lebih mendalam mengenai organisma yang sukar dikaji oleh manusia.

SoFi juga boleh berenang mengikut arus laut dan mampu mengambil gambar beresolusi tinggi menggunakan lensa mata ikan ketika berenang.

“Dengan menggunakan ekor beralun dan keupayaan unik mengawal keapungannya, SoFi mampu berenang secara lurus, membelok atau menyelam ke atas dan ke bawah.

“Kumpulan itu juga menggunakan alat kawalan kalis air iaitu Super Nintendo dan memba­ngunkan sistem komunikasi akustik yang membolehkan mereka me­nukar kelajuan dan arah pergerakan SoFi,” menurut kajian yang diterbitkan dalam Science Robotics.

Malah, SoFi juga boleh be­renang di dalam kelompok ikan sebenar, yang memberi manfaat kepada para penyelidik.