Ketika ditemubual oleh Sunday Times, penyanyi itu mengakui, bidang nyanyian sangat memberi kesan kepada kesihatannya.

“Bidang ini akan membunuh saya, melainkan saya memandangnya dengan cara yang berbeza,” jelasnya.

Robbie turut merasakan tidak menjadi seperti dirinya sejak menyambung semula karier muziknya.

Malah, ketika konsert jelajahnya baru-baru ini, dia tidak keluar dari bilik hotelnya selama lebih enam minggu kerana masalah kebimbangan yang teruk.

Akui Robbie, tanpa populariti yang dikecapinya sekarang, kehidupannya dikatakan lebih stabil dan dia tidak akan mengalami masalah mental.

“Kemurungan merebak ke seluruh keluarga saya. Saya tidak tahu jika saya akan mengalami masalah mental tanpa kemasyhuran. Saya tidak fikir masalah ini akan menjadi lebih teruk jika bukan kerana kemasyhuran,” tambahnya.