Dianggarkan, tidak kurang daripada 250,000 rakyat negara ini akan menghadiri upacara yang dijalankan secara besar-besaran itu.

Persiapan untuk upacara ber­ke­naan dikatakan telah dirancang sejak hampir setahun lalu iaitu sejak kemangkatan Raja Bhumibol pada 13 Oktober tahun lepas, setelah memerintah Thailand selama hampir tujuh dekad.

Walaupun Raja Maha Vajiralongkorn telah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada ayahandanya ketika ini, namun pertabalan hanya akan dijalankan selepas istiadat pembakaran mayat itu selesai.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin dunia dijangka mengha­diri istiadat pembakaran mayat mendiang Raja Bhumibol.

Antaranya termasuk pemerintah Bhutan, Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck serta pasangan diraja Jepun, Putera Akishino dan Puteri Kiko.

Istiadat berkenaan dijangka bermula Khamis depan dan akan berlangsung selama lima hari berturut-turut.

Pada hari yang akan diisytiharkan sebagai cuti umum itu juga, semua premis perniagaan akan ditutup termasuk lebih 10,000 kedai serbaneka yang beroperasi selama 24 jam iaitu 7-Eleven. – REUTERS