Mail Online melaporkan, lebih separuh daripada pekerja khususnya di bandar mengalami tekanan hidup ketika mereka cuba mengimbangkan antara kehidupan di pejabat dan rumah selain perlu menangani tabiat suka bekerja.

Menurut penyelidik, langkah membawa kerja-kerja pejabat ke rumah boleh membawa maut, kerana dikaitkan dengan penya­kit kardiovaskular.

Ketua Pegawai Eksekutif BioBeats, David Plan berkata, amalan tersebut adalah satu amalan yang lebih teruk berbanding yang difikirkan manusia kerana me­ngancam nyawa.

“Kita tahu bahawa sikap be­kerja sepanjang masa adalah tidak baik. Tetapi sekarang kita boleh mengukur kesan buruk daripadanya,” katanya yang juga penulis bersama kajian itu yang disiarkan menerusi edisi terbaharu Jurnal Frontiers in Human Science.

Sementara itu, Pengarah Inovasi AXA PPP Healthcare, Gordon Henderson berkata, tekanan be­kerja di rumah adalah kesan rumit akibat sentiasa terdedah kepada telefon dan komputer riba.

Difahamkan, syarikat insurans kesihatan kini merancang untuk memantau kemampuan pekerja yang terdedah dengan tugasan tekanan tinggi, sama ada terjejas akibat selalu bekerja.