Memetik laporan portal Arab News, Jabatan Meteo­rologi dan Perlindungan Alam Sekitar Arab Saudi hari ini mengeluarkan amaran angin­ kencang dan hujan lebat yang dijangka melanda Jazan, Asir, Baha dan kawasan pantai berdekatan.

Pada masa yang sama, fenomena kabus tebal turut dilaporkan berlaku di Mekah pada awal pagi.

Selain itu, pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut Merah.

Selasa lalu, Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faisal dilaporkan melawat wilayah al-Lith selepas kawasan tersebut terjejas teruk akibat hujan lebat yang turut memusnahkan kediaman penduduk setempat.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam, Nayef Al-Sharif menggesa penduduk setempat agar mematuhi arahan keselamatan dan garis panduan pemanduan di jalan raya semasa hujan.