rihanna
Rihanna

Laman web akhbar Daily Mirror melaporkan, penyanyi lagu Diamond itu berkata, mereka berdua mempunyai peminat yang berbeza dan tidak mungkin akan berduet bersama.

“Saya tidak rasa saya akan menyanyi bersama Swift di atas satu pentas.

“Muzik dan peminat kami berbeza,” katanya.

Kata Rihanna lagi, dia lebih berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Kanye West berbanding mana-mana penyanyi lain ketika ini.

“Kami bersedia untuk masuk ke studio rakaman. Apa yang menjadi penghalang ketika ini adalah jadual saya dan West sangat berbeza. Kami tidak dapat mencari waktu yang sesuai untuk merakamkan lagu bersama,” ujarnya lagi.