Angka rasmi terbaharu itu adalah 50 kali ganda daripada jangkaan awal jumlah kematian iaitu 64 orang.

"Saya melaporkan jumlah rasmi terkini mereka yang terkorban dalam bencana itu. Jumlah kematian 2,975 orang ini walaupun hanya satu jangkaan namun mempunyai bukti saintifik," kata
Gabenor Ricado Rossello dalam satu sidang akhbar hari.

Sejak Ribut Maria melanda, Puerto Rico memerlukan sejumlah AS$139 bilion (RM108 bilion) bagi kos membaiki infrastruktur yang rosak teruk.

White House dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan Persekutuan menyokong segala usaha Gabenor Ricado Rossello untuk memastikan ketelusan penuh terhadap tanggungjawab dan jumlah mereka yang terkorban dalam bencana yang berlaku tahun lalu.-Agensi