Bantahan itu merupakan antara yang terbesar di negara ini, tercetus susulan penyalahgunaan kuasa, skandal rasuah dan penyelewengan dana kerajaan.

“Kekayaan negara ini telah dirompak,” ujar ahli Parlimen, Batzandan Jambalsuren ketika ucapan pembukaan pada protes terbabit.

Tambahnya, dua parti politik di Mongolia dan speaker Parlimen, Enkhbold Miyegombo sudah ‘memecahbelahkan negara ini’. - AFP