Sebahagian besar dari mereka melaungkan kata-kata seperti ‘Pembebasan untuk tahanan politik’ ketika berarak di Parallel Avenue, sambil memakai selendang, baju sejuk atau jaket berwarna kuning.

Bantahan itu telah dirancang sejak Mac lalu untuk ‘mempertahankan institusi Catalonia’ dan ‘hak kebebasan asas’ rakyatnya.

Bantahan itu dibuat 10 hari selepas mahkamah Jerman menolak permohonan ekstradisi pemimpin pemisah Catalonia, Carles Puigdemont atas alasan pemberontakan dan membebaskannya dengan ikat jamin. - AFP