Peserta tunjuk perasaan yang membawa bendera Sepanyol membanjiri Plaza de Colon sambil melaungkan slogan “untuk Sepanyol bersatu, lakukan pilihan raya sekarang.

Perhimpunan mega itu, yang dianjurkan Parti Rakyat dan Parti Ciudadanos memberi tamparan hebat buat kubu pemerintahan Sanchez. 

Selasa lalu, Parti Pekerja Sosialis Sepanyol mencadangkan untuk mengadakan rundingan antara semua parti politik di negara itu untuk membincangkan krisis merdeka di Catalonia dicetuskan pihak pembangkang.-REUTERS