Ribuan pekerja di Barcelona dan beberapa bandar lain mengadakan protes selepas Mahkamah Kebangsaan di Madrid mengarahkan Jordi Cuxart dan Jordi Sanchez ditahan atas dakwaan menghasut.

Kumpulan penunjuk perasaan melaungkan ‘penindasan bukan penyelesaian’ sebagai membantah keputusan tersebut. – AFP